Wednesday, November 30, 2011

RESIPI 4 - Nak Try

Daging Salai Masak Lemak Belimbing

Bahan-bahan
  1. 1 kg daging salai.
  2. 15 biji cili api (boleh ditambah jika suka pedas).
  3. 5 biji bawang merah.
  4. 3 ulas bawang putih.
  5. 1/2 inci halia.
  6. 10-15 biji belimbing buluh di belah dua.
  7. 2 batang serai di ketuk (titik).
  8. 1/2 kg santan pekat.
  9. Daun kunyit.
Cara penyediaan
  1. Potong nipis-nipis daging yang telah disalai.
  2. Cili api, bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk halus.
  3. Masukkan daging, bahan-bahan yang ditumbuk tadi serta santan kedalam kuali dan di kacau dengan apa yang sederhana.
  4. Masukkan juga serai yang telah di ketuk (titik), daun kunyit dan juga belimbing.
  5. Kacau hingga masak. Pastikan api tidak terlalu besar dan masakan ini hendaklah dikacau bagi mengelakkan santannya berketul.
thanks krafwarisan

RESIPI 3 - Nak Try

Air asam perut

 
Bahan-bahan
  1. 1/2 kg perut lembu direbus hingga lembut.
  2. 3 biji buah tomato.
  3. 5 biji bawang merah.
  4. 1 inci halia.
  5. 1/2 inci belacan.
  6. 10 biji cili api.
  7. Asam jawa.
  8. Sedikit garam dan gula.
Cara penyediaan
  1. Bawang merah, halia dan cili api dihiris halus.
  2. Campurkan bahan-bahan yang telah di hiris tadi dengan perut yang telah dihiris nipis.
  3. Masukkan belacan, gula, garam dan perahkan air asam jawa.
  4. Masukkan juga tomato yang telah dihiris nipis dan gaul hingga rata.
thanks krafwarisan

RESIPI 2 - Nak Try



ikan bawal bersos mangga

Ikan Bawal Bersos Mangga
Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ikan bawal (dibersihkan dan digoreng)
  • 3 ulas bawang putih dimayang halus
  • 4 biji bawang merah dimayang halus
  • 1/2 inci halia dimayang halus
  • 4 biji cili hidup ditumbuk halus
  • 1 biji mangga muda, isinya dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji tomato dibelah 6 bahagian
  • 1/2 cawan sos mangga pedas
  • 3 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan :
  1. Tumis bahan yang dimayang halus (bawang putih, bawang merah dan halia) sehingga kekuningan
  2. Masukkan cili yang ditumbuk halus tadi dan tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan kedua-dua sos dan biarkan mendidih seketika
  4. Akhir sekali, masukkan mangga, tomato, hirisan bawang besar, garam dan gula.
  5. Apabila mendidih angkat dan tuang ke atas ikan
Selamat mencuba!

thanks - krafwarisan

PETUA 2

 Menghilangkan Hanyir Ikan Sungai


Untuk menghilangkan hanyir ikan sungai, agak sukar berbanding ikan laut. Cara yang paling berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas kedua-dua bahan tersebut dan perapkan ikan selama 10 minit dan bilas dengan air yang bersih.

PETUA 1

Telur Rebus Lebih Mudah Dikupas


Masukkan sedikit cuka ketika merebus telur, Cara ini dapat memudahkan mengupas telur rebus dan tidak menjejaskan isinya.

Monday, November 21, 2011

BLOG KENA REMOVE @ NOT FOUND

Da berapa banyak jugak blog yang kene remove atau not found sejak dua menjak ni. Antara mereka tu adalah Eyqasara, Abgchepika, dengan Efa Nur. Ni yang baru-baru ni la. Sebelum-sebelum ni da ramai gak kan berpengalaman blog kene remove? Tapi tak ramai yang tau cane nak menghadapi situasi yang tetiba berlaku ni dengan betul kan? Ramai yang gi menyumpah-seranah kat FB atau Twitter baru la teringat, "eh cane nak dapatkan balik ek? boleh ke dapatkan balik??"

Ermmm...meh sini nak kongsi sikit cara-cara bila blog kene remove oleh Blogger.com secara tiba-tiba. Bila kamu-kamu mendapati yang blog kamu kene remove dan tak dijumpai kat mana-mana, jangan panik. Mula-mula sekali gi website www.blogger.com dan login macam biasa.


sumber:http://www.sunahsukasakura.com/


Selalunya, bila da Sign In dengan betul, Google akan keluarkan mesej macam kat bawah ni.



Ni salah satu cara Google untuk buat verification pada akaun Google kita. Diorang nak check sama ada kita ni betul-betul manusia atau robot spammer semata-mata. So, bagi la no fon kamu yang boleh dihubungi. Bila da bagi no fon, klik "Send verification code", dia akan kuar cam kat bawah ni pulak.



Aha...no fon yang kamu-kamu bagi tadi tu, sebenarnya Google nak gunakan untuk hantar verification code, biasanya dalam 6 angka. Masukkan 6 angka tu ke dalam kotak verification code. Then klik "Verify". Google akan keluarkan window untuk Sign In balik sebagai tujuan menjaga security.



Masukkan semula password kamu, then klik "Verify" tu. Tunggu la dia loading, insya'Allah kalau ok, dia akan terus masuk ke dashboard dan kamu-kamu akan nampak balik blog kamu kat situ.

Tak ade???

Kalau tak ade tu, sabar la ye. Insya'Allah Blogger.com akan kembalikan jugak blog kamu, tapi lambat sikit. :)

10 Sungai terpanjang di Dunia

Mungkin pembaca sekalian sudah sering melihat daftar ini di buku buku pelajaran kelas 5 SD, jadi mungkin sudah banyak yang tahu. Tapi sekedar untuk mengingatkan dan menyegarkan kembali, berikut ini saya berikan daftar 10 Sungai terpanjang di dunia. Semoga menghibur dan tidak membosankan (Peringkat dimulai dari yang paling bawah)
Sungai Terpanjang 
10. Sungai Zaire / Sungai Kongo
Sungai Zaire atau sungai kongo ini alirannya berawal dari jalur pertemuan sungai Lualap dan Sungai Luapula dan mengalir sampai samudera atlantik. Panjang keseluruhan sungai ini mencapai 2716 mil.

Sungai Terpanjang 
9. Sungai Irtish
Sungai ini besumber di daerah pegunungan altai di rusia, dan berakhir di pertemuan sungai Ob (sungai terpanjang peringkat 5) dengan panjang keseluruhan mencapai 2758 mil

Sungai Terpanjang 
8. Sungai Parana
Sungai terletak di paraguai, alirannya berawal dari pertemuan antara sungai paranaiba dan sungai grande, dan berakhir di daerah Rio de La Plata dengan panjang keseluruhan mencapai 2795 mil.

Sungai Terpanjang 
7. Sungai Yenise
Sungai ini merupakan salah satu sungi terpanjng di daerah Rusia. berhilir di Gunung Tannu-Ola di daerah Tuva barat, Rusia, dan bermuara di samudera Arktik, dengan panjang keseluruhan mencapai 2800 mil.

Sungai Terpanjang 
6. Sungai Huang He
Sungai Huang He atau sungai kuning, Aliranya dimulai dari sisi timur gunung Kuanlan dan terus mengalir hingga Teluk Vhihli di China bagian barat, panjang keseluruhan sungai ini adalah 2900 mil.

Sungai Terpanjang 
5. Sungai Ob
Sungai ini adalah batas berakhirnya aliran sungai Irtish (peringkat 9). Aliranya dimulai dari gunung Altai Rusia dan bermuara di teluk Ob dengan panjang keseluruhan mencapai 3459 mil.

Sungai Terpanjang 
4. Sungai Yangtse
Inilah sungai terpanjang di daratan China, Sungai Yangtse atau sungai Chang Jiang, mengalir dari dataran tinggi Tibetan hingga bermuara di laut China. Panjang keseluruhannya mencapai 3602mil.

Sungai Terpanjang 
3. Sungai Mississippi
Sungai Mississippi adalah sungai terpanjang kedua di benua Amerika. Alirannya dimulai dari daerah pegunungan Red Rock di Montana dan berakhir di Teluk Meksiko dengan panjang keseluruhan mencapai 3713 mil.

Sungai Terpanjang 
2. Sungai Amazon
Berawall dari aliran glazer danau Fed di peru kemudian melintasi beberapa negara Amerika latin dan berakhir di Samudera Atlantik dengan panjang keseluruhan mencapai 3912 mil.

Sungai Terpanjang 
1. Sungai Nil
Inilah Sungai terpanjang di Dunia, Sungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini berhulu di Danau Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4180 mil.

10 Pernikahan tersingkat di HOLLYWOOD

Berita tentang perceraian Kim Kardashian dengan Kris Humphries baru-baru ini ternyaa mendapat sorotan yang sangat heboh, betapa tidak, pernikahan mereka baru berumur 71 hari alias belum genap 3 bulan. Hal ini makin menambah image bahwa kasus kawin-cerai di kalangan Selebritis Hollywood sudah menjadi hal yang biasa.

Tapi, mohon lupakan sejenak tentang cerainya Kim Kardashian di usia pernikahanya yang baru 72 hari, kenapa? karena masih banyak pernikahan selebritis hollywood lainya yang juga tak kalah singkat.

Berikut ini adalah daftar 10 pernikahan tersingkat selebritis Hollywood :

10. Colin Farrell dan Amelia Warner, 120 hari

Colin Farrell and Amelia Warner

9. Renee Zellweger dan Kenny Chesney, 113 hari

Renee Zellweger and Kenny Chesney

8. Nicolas Cage dan Lisa Marie Presley, 105 hari

Nicolas Cage and Lisa Marie Presley

7. Kim Kardashian dan Kris Humphries, 72 hari

Kim Kardashian and Kris Humphries

6. Chris Kattan dan Sunshine Tutt, 42 hari

Chris Kattan and Sunshine Tutt

5. Drew Barrymore dan Jeremy Thomas, 32 hari

Drew Barrymore and Jeremy Thomas

4. Ethel Merman dan Ernest Borgnine, 32 hari

Ethel Merman and Ernest Borgnine

3. Eddie Murphy dan Tracey E. Edmonds, 14 hari

Eddie Murphy and Tracey E. Edmonds

2. Dennis Hopper dan Michelle Phillips, 8 hari

Dennis Hopper and Michelle Phillips

1. Zsa Zsa Gabor dan Felipe de Alba, 1 hari

Zsa Zsa Gabor and Felipe de Alba 

7 Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W   
  
 
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia  terpandang mulia di sisi llah dan Malaikat serta  diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih  laut "   
  
 
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak  melakukan sesuatu.   
  
 
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.   
  
 
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap  perkataan yang tidak patut   
  
 
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan  berbuat sesuatu di hari esok.   
  
 
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa  billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak  diingini.   
  
 
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun  jika menghadapi dan menerima musibah.   
  
 
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak  terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,  mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat  mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-  mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa!   
  

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


 Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal  seekor syaitan yg duduk   diatas pintu rumah.  Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati  
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan  keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di  luar rumah.  

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban  salam daripada isterinya.  Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama  dengan salam itu.   
  
 

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:   
  
 

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi  apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT  mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya 
hingga subuh.   
  
 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di  akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada  dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang  
yang lain.   
  
 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di  akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia  daripada masuk syurga kecuali maut dan barang  siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.   
  
 

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di  akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT  menganugerahkan dia setiap hati orang  yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg  benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan  padanya rahmat.   
  
 

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi  sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT  mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka  
semua memohon keampunan dan mendoakan  baginya.   
  
 

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan  pengambilan rohnya dan dia adalah seperti  
orang yang berperang bersama Nabi Allah  sehingga mati syahid.   
  
 

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi  ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT  berkenan memberi pertolongan kepadanya.   
  
 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.  bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun  satu ayat..."   

Saturday, November 19, 2011

Orang yang Dihormati di Google

Sejak tahun 2002, Google International telah memberi penghormatan kepada 26 orang bersejarah dengan mengubah versi logo Google, dan ditampilkan seharian pada homepage Google di seluruh dunia. Berikut daftar 10 orang terkenal yang kelahirannya dirayakan oleh Google.

1. Samuel Morse


(1791 – 1872) Seorang pembuat enkoding listrik yang sangat terkenal karena penemuanya. Ditampilkan di homepage Google pada tanggal 27 April 2009.

2. René Magritte


(1898-1967) Seniman surrealist Belgia, terkenal dengan gambar-gambarnya yang pintar, jenaka dan menghibur. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 21 Nopember 2008.

3. Marc Chagall


(1887-1985) Seniman Yahudi moderen Rusia. Ia adalah pelopor seni moderen dan salah satu dari seniman-seniman paling berhasil di abad 20. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 7 Juli 2008.

4. Diego Velázquez


(1599-1660) Seniman pelukis dan potret asal Spanyol, banyak dari lukisan terkenalnya diabadikan dari makna budaya dan sejarah, raja-raja serta figur-figur orang Eropa terkemuka sepanjang waktu. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 6 Juni 2008.

5. Walter Gropius


(1883-1969) Arsitek Jerman, pendiri dari Bauhaus dan pelopor arsitektur modern. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 18 Mei 2008.

6. Alexander Graham Bell


(1847-1922) Ilmuwan dan penemu terkenal, diantaranya menemukan telepon. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 3 Maret 2008.

7. Luciano Pavarotti


(1935-2007) Penyanyi opera Italia, bagian dari “The Three Tenors” dan salah satu penyanyi paling terkenal di dunia. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 12 Oktober 2007.

8. Yuri Gagarin


(1934-1968) Cosmonaut Soviet yang merupakan manusia pertama di ruang angkasa dan orbit bumi. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 12 April 2007.

9. Edvard Munch


(1863-1944) Pelukis symbolist dari Norwegia, yang dikenal dengan seni expressionisticnya. Lukisannya “The Scream” adalah karya yang paling dapat dikenal di dalam semua aliran seni (dan inilah alasan bagi Google menggunakannya sebagai thema logo). Ditampikan di homepage Google pada tanggal 12 Desember 2006.

10. Sir Arthur Conan Doyle


(1859-1930) Pengarang Inggris yang terkenal dengan roman-romannya tentang Sherlock Holmes, salah satu dari tokoh-tokoh imaginasi yang paling terkenal sepanjang waktu. Ditampikan di homepage Google pada tanggal 22 Mei 2006

Thursday, November 17, 2011

Fakta Mengenai Ciuman

1. Reaksi kimia yang terjadi di otak saat berciuman sama dengan saat terjun payung dan menembakkan pistol.

2. Survey membuktikan pria yang mencium istrinya setiap hari sebelum bekerja memiliki pendapatan lebih besar dari mereka yang tidak.

3. Ciuman yang tidak disengaja membakar 5 kalori. Bahkan dengan meningkatkan lamanya berciuman, kamu bisa membakar sampai dengan 30 kalori sekali ciuman. Sebagai perbandingan: satu menit jalan cepat hanya membakar 4-5 kalori.

4. Bibir manusia ratusan kali lebih sensitif dari ujung jari. Ini meningkatkan debar jantung menjadi 100 atau lebih detakan per menit.

5. Rata-rata wanita mencium 7-9 pria sebelum pernikahan.

Sunday, November 13, 2011

Agama -MAKSUD BACAAN DI DALAM SOLAT

Ramai orang yang menunaikan solat tapi adakah mereka benar- benar khusyuk dalam solat? Khusyuk dalam solat merupakan perkara yang agak sukar untuk dilakukan tapi boleh juga menjadi perkara yang mudah untuk dilakukan jika tahu tips dan cara yang boleh diamalkan untuk mencapai khusyuk dalam solat.


Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mencapai khusyuk dalam solat. Salah satu daripadanya adalah dengan mengetahui setiap maksud bacaan dalam solat..

Satu kajian yang telah dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah menemukan satu jawapan yang sungguh menggerunkan kita sebagai umat Islam. Daripada 10 responden, hanya 2 responden sahaja yang mengetahui maksud surah Al- Fatihah. Sungguh menakutkan..

Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati maksud setiap bacaan dalam solat kita, semoga beroleh manfaat.

Takbiratul-Ihram 

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. 

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Read more: http://billyinfo.blogspot.com/2011/11/maksud-bacaan-di-dalam-solat.html#ixzz1ddjCSnHp