Monday, February 27, 2012

Kenderaan Jenis Baru...Bukan kereta, Bukan Motor

Bagi mereka yang meminati keseronokan di jalan raya secara terbuka dan pada masa sama sukakan keselesaan menaiki kereta mewah, superbike unik ini mungkin menjadi penyelesaian yang tepat. Motosikal elektrik yang dinamakan C-1 adalah gabungan kereta dan motosikal.



Info Ringkas:
  • Kenderaan ciptaan Lit Motors, syarikat automotif yang berpangkalan di San Francisco, motosikal dua penunggang yang bertutup sepenuhnya menggunakan sistem penstabilan gyroscopic bagi membolehkannya kekal tegak meskipun ketika tidak bergerak. 
  • Motosikal masa depan itu bukan saja membolehkan penunggangnya selesa dan mengelak basah akibat hujan, tetapi juga selamat kerana ia tidak akan terbalik apabila terbabit dalam pelanggaran.
  • Namun, harganya tidak murah - RM75,000 sebelum turun kepada kira-kira RM50,000 apabila pengeluaran meningkat.
  • Ia turut dilengkapi dengan seluruh kelengkapan kereta seperti tempat duduk lekuk, stering, papan pemuka, kawalan cuaca, sistem bunyi, tali pinggang keledar dan beg udara.




Popout


Seorang jurucakap Lit Motors berkata, ramai orang telah berusaha mencipta sesuatu yang serupa dengan motosikal itu pada masa lalu tetapi tidak seorangpun yang berjaya.

Beliau berkata: “Belum ada kenderaan di jalan raya yang menggunakan sistem gyro pada masa ini. Ada cubaan sebelum ini tetapi tidak ada yang berjaya seperti kami.

“Bayangkan seorang kanak-kanak bermain gasing. Selagi ia berpusing, ia akan kekal tegak dengan sendirinya. Sama juga dengan kenderaan ini, selagi gyro itu berpusing, C-1 itu akan terus menegak. Ia adalah yang pertama seumpamanya. C-1 ialah kenderaan kelas baru, bukan kereta dan bukan motosikal.

“Kami gabungkan kecekapan, ketangkasan, bersaiz kecil dan keseronokan sebuah motosikal dengan kestabilan, kemudahan dan yang paling penting, keselamatan sebuah kereta.

“Peningkatan dari segi ketangkasan dan saiz yang lebih kecil berbanding sebuah kereta bermakna banyak kemalangan boleh dielakkan. Daripada memakai topi keledar, pemandu boleh memakai pakaian biasa. Dia akan sentiasa selamat.”

“Kami menjangka ia akan mencetuskan revolusi dan mendapat sambutan hangat,” kata jurucakap berkenaan.

“Kami mencipta kenderaan bandar yang sempurna. Ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. Ia tidak akan menyumbangkan kepada pencemaran udara,” kata jurucakap itu.


 sumber: harian metro

Natural Mirror.....amazing

Sila kagum dengan keindahan gambar-gambar di bawah ini...ianya dipanggil sebagai seni fotografi pantulan atau reflection art photography...

 










sumber gambar: http://www.coolpicturegallery.us

Harga kereta di Malaysia adalah ke 2 termahal di ASEAN

Harga kereta di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN lain kecuali Singapura.


Bagaimanapun sekiranya mengambil kira kos-kos pemilikan yang lain, harganya adalah kompetitif di peringkat rantau ini, demikian menurut kajian terbaharu Institut Automotif Malaysia (MAI).

''Meskipun harga kereta di negara ini lebih tinggi berbanding negara-negara ASEAN yang lain, tetapi ia masih rendah berbanding harga yang ditawarkan di negara maju, Singapura,'' kata MAI



Perbezaan Harga Honda City dan Toyota Vios

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari, harga Honda City dan Toyota Vios bagi segmen 1500 cc di Thailand adalah termurah di kalangan negara ASEAN iaitu 40 peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.

Secara kasarnya, perbezaan harga jualan Honda City model 1.5S i-Vtec di Thailand adalah kira-kira RM34,192 lebih murah berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.


Beliau berkata, kereta Honda City dan Toyota Vios juga dijual rendah di Filipina, Indonesia dan Vietnam berbanding Malaysia iaitu masing 32 peratus, dua peratus dan 1.8 peratus.

''Tidak dinafikan bahawa jika diteliti harga jualan kenderaan bagi model-model popular adalah lebih tinggi di negara ini, tetapi ia berbeza jika dibandingkan dengan Singapura,'' kata beliau.



Kereta 1800cc

Bagi segmen 1800 cc, harga Honda Civic di Filipina adalah 43 peratus lebih murah berbanding di Malaysia manakala Thailand dan Vietnam, masing-masing lebih rendah sebanyak 35 peratus dan lima peratus berbanding harga yang ditawarkan di Malaysia.


Bagaimanapun, harga Honda Civic yang dijual di Indonesia tiga peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di negara ini.

Harga Toyota Altis di Thailand terus kekal sebagai termurah di ASEAN dengan 44 peratus lebih rendah dari Malaysia, manakala Filipina (38 peratus), Indonesia (29 peratus) dan Vietnam sebanyak tujuh peratus lebih rendah berbanding harga jualan di Malaysia.



Kereta 2000cc

Bagi segmen 2,000 cc dan ke atas, harga Toyota Camry yang dijual di Filipina dan Thailand adalah termurah di ASEAN dengan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus lebih murah berbanding harga jualan di negara ini.


Bagaimanapun harga jualan bagi model itu di Indonesia dan Vietnam adalah 11 peratus dan lima peratus lebih tinggi berbanding harga jualan di sini.

Madani menambah, setiap model yang dinyatakan adalah lebih mahal di Singapura. Katanya, jika dibanding dengan Malaysia, harga jualan model kenderaan Toyota dan Honda di Singapura lebih tinggi secara purata 137 peratus lebih tinggi berbanding di Malaysia.



Cukai Jalan dan Harga Minyak di Malaysia Paling Rendah

Kajian MAI mendapati bahawa Malaysia menawarkan cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan terendah berbanding negara-negara ASEAN termasuk Filipina, Thailand dan Vietnam.

Malah, katanya, sekali lagi Singapura dan Indonesia menunjukkan cukai jalan tahunan dan yuran pendaftaran kenderaan paling tinggi iaitu lebih tinggi 577 peratus dan 442 peratus berbanding Malaysia.


Kata Madani, bayaran perlindungan insurans kenderaan tahunan di Malaysia, Filipina dan Vietnam adalah terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.

''Thailand , Singapura dan Indonesia masing-masing lebih tinggi sebanyak 210 peratus, 175 peratus dan 126 peratus berbanding di Malaysia,'' ujarnya.

Selain itu, Madani menambah, Malaysia mempunyai harga minyak paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN manakala Thailand merupakan negara tertinggi harga minyak di ASEAN diikuti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

 sumber: utusan malaysia

Phobia Hilang Handphone

Tak hairan bila ramai orang yang panik bila mengetahui bahawa telefonnya hilang. Rasa takut dan panik disebabkan oleh kehilangan telefon bimbit merupakan satu lagi jenis fobia dalam individu yang dikenali sebagai nomophobia (no-mobile-phobia). 
Dalam satu kajian survei yang telah dijalankan di Britain, sebanyak dua per tiga daripada 1,000 subjek menyatakan bahawa mereka menjadi takut apabila tidak memiliki telefon bimbit. Jumlah ini meningkat sebanyak 53% dariapa dapatan kajian pada tahun 2008. Golongan yang mencatatkan peratusan tertinggi ialah mereka yang berumur antara 18-24 (77%). Dikatakan juga dalam laman web Newser bahawa wanita lebih cenderung untuk mengalami nomophobia.

Menurut AllAboutCounseling.com, antara tanda-tanda nomophobia termasuklah gementar, berpeluh, dan merasa loya apabila tidak memiliki telefon bimbit. Satu tanda lagi ialah kerap memeriksa atau kerap risau tentang telefon bimbitnya walaupun ia berada di tempat yang selamat.

Nomophobia ini boleh diatasi dengan melakukan beberapa perkara. Antaranya ialah dengan menjalani kehidupan biasa selama beberapa hari tanpa telefon bimbit, mengelakkan fikiran negatif, dan cuba melakukan teknik pernafasan atau yoga. Namun sekiranya anda tidak dapat melakukan perkara tersebut, sebaiknya dapatkan khidmat profesional seperti kaunselor dan ahli terapi.

Di Pisah JIN

Oleh SYALMIZI HAMID

FIDA menjerit kepanasan sewaktu dirawat oleh Shamsuri di sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.


RUMAH tangga pasangan suami isteri, Shukri dan Fida begitu bahagia dalam tempoh 15 tahun lalu. Lebih-lebih lagi mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang comel.

Hidup mereka mungkin tidak mewah tetapi kasih sayang pasangan itu melimpah-ruah. Shukri, 43, bekerja sebagai pegawai berpangkat rendah di sektor kerajaan manakala Fida, 38, ialah seorang suri rumah.

Bagaimanapun, lima bulan lalu hubungan suami isteri ini terganggu.

Rutin harian di rumah pangsapuri mereka yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur hampir berubah seratus peratus. Jika dahulu Fida akan menguruskan anak-anak, kini tiga beradik itu terpaksa berdikari.

Sebelum ini Fida tidak pernah lupa untuk menyambut Shukri di muka pintu apabila si suami pulang daripada kerja, sekarang Shukri hanya menerima makian daripada wanita bertubuh kurus itu.

Berubah

“Dia berubah sejak lima bulan lalu. Semuanya bermula selepas isteri memberitahu saya yang dia mengalami mimpi buruk dan aneh.

“Pada awalnya saya menganggap mimpi itu perkara biasa. Tetapi lama-kelamaan sikapnya berlainan sekali. Dia berubah menjadi pemarah,” terang Shukri.

Fida kerap meracau dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Shukri dan anak-anak terutamanya pada awal pagi dan senja.

Fida juga tidak boleh ditegur. Dia akan menengking dan meminta Shukri menceraikannya.

Disebabkan masalah itu, Shukri terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan keluarganya. Dia juga tidak dapat melakukan hubungan intim bersama si isteri kerana sering berdepan halangan.

“Setiap kali didekati, isteri saya seperti tidak selesa dan dia berasa mual. Boleh dikatakan sejak dia mengalami mimpi aneh itu saya tidak lagi dapat bersama dengannya hingga sekarang.

“Apabila masuk sahaja waktu Maghrib atau awal pagi, dia akan berubah sikap. Peliknya dia akan berkeadaan biasa pada waktu lain cuma dia kelihatan sugul dan sensitif,” kata Shukri.

Menyedari Fida berubah perilaku daripada seorang isteri yang mentaati suami kepada seseorang yang seakan-akan musuh, Shukri membawa Fida ke sebuah pusat rawatan Islam di Nilai, Negeri Sembilan.

Di sana Fida dirawat dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan diberi minum air zam-zam menyebabkan jin yang menguasai tubuh Fida kepanasan.

Sudahnya, semua rahsia mengenai siapa yang melakukan ilmu hitam yang dikenali sebagai sihir pemisah itu dibongkar oleh jin itu.

Dalam keadaan tidak sedar, jin yang menghuni badan Fida memberitahu nama seorang wanita yang didakwa Shukri merupakan sahabat dan jirannya.

Fida turut menjerit meluahkan apa yang diingininya iaitu agar dia ditinggalkan oleh Shukri.

“Aku benci kau. Ceraikan aku, ceraikan aku,” jerit Fida sambil menuding jari telunjuk tepat ke arah suaminya.

Setelah dibacakan ayat-ayat rukyah oleh pengamal perubatan Islam di situ, Fida menggelupur kesakitan. Pada masa yang sama dia menjerit meminta tolong daripada seseorang yang dipercayai bomoh yang melakukan sihir terhadapnya.

“Tolong aku tok cha. Aku panas. Jaga kau Shukri aku akan ganggu kau sampai mati,” laung Fida dalam loghat Melayu Selatan Thailand sebelum dia rebah dan pengsan.

Tok cha merupakan panggilan untuk bomoh Siam. Dalam kalangan penduduk Kelantan dan Selatan Thailand, tok cha juga merujuk kepada sami Buddha.

Seketika kemudian Fida bangkit. Dia sempat menjeling kepada tiga orang anaknya yang sedang memerhati gelagat ibu mereka dengan perasaan sayu.

“Kau bukan anak aku,” jerit Fida kepada anak sulungnya yang berusia 14 tahun.

Luluh dengan kata-kata itu, ketiga-tiga kanak-kanak itu berundur sambil menangis.

Mereka memahami situasi yang dialami ibu mereka itu, tetapi jauh di sudut hati mereka terkesan dengan kata-kata wanita yang sebelum ini begitu akrab dengan mereka.

Tokong

“Memang berat kesedihan yang terpaksa ditanggung. Tetapi selagi perasaan dengki ada dalam diri, manusia tidak akan senang melihat kebahagiaan orang lain.

“Susah untuk saya mengungkapkan dengan kata-kata apa yang dirasai. Tuhan sahaja yang tahu betapa luluhnya hati saya,” kata Shukri.

Walaupun niat jahat orang yang menghantar sihir pembenci kepada Fida itu hampir berjaya, Shukri pula semakin tekad untuk mempertahankan rumah tangga yang telah lama terbina. Dia sedaya upaya mengusir jin yang menguasai jiwa isterinya itu.

Seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafie memberitahu, sihir berbentuk jampi oleh bomoh Siam untuk memisahkan pasangan suami isteri sering terjadi.

“Selalunya, barang-barang peribadi mangsa digunakan untuk dijampi.

“Selepas itu, tok cha akan menghantar jinnya berlegar-legar di rumah mangsa sebelum menabur serbuk besi bak atau ibu besi yang sudah dijampi di sekeliling rumah. Kebiasaannya jampi itu dibuat di dalam tokong.

“Selain menggunakan debu besi, kaedah sihir menerusi menjampi nama, pakaian dan makanan mangsa selain santau angin turut digunakan.

“Jadi berhati-hatilah jika kita menjemur pakaian dalam di luar rumah kerana ia memudahkan musuh kita melakukan sihir seperti itu,” nasihat Shamsuri.

Jelas Shamsuri, antara ciri yang ditunjukkan oleh mereka yang telah terkena sihir pemisah adalah perasaan cinta bertukar benci secara tiba-tiba, menjadi begitu sensitif, sukar mengaku kesalahan diri, melihat pasangan berwajah hodoh dan membenci anak-anak.

Kosmo!

1 Januari 2012

SUMPAHAN SANG KELAMBAI

MUNGKIN inilah gambaran Sang Kelembai yang mempunyai badan bersaiz gergasi dan suka menyumpah manusia menjadi batu. - Gambar hiasan


CERITA kebolehan Sang Kelembai menyumpah manusia dan haiwan menjadi batu sering menakutkan manusia zaman dahulu.

Makhluk misteri yang tinggal di hutan tebal itu dikatakan pantang mendengar bunyi bising dan akan bertindak menyumpah apa sahaja jika dia sedang marah.

Terdapat pelbagai versi cerita Sang Kelembai yang terkenal di tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Pahang.

Di Perak, Kampung Gajah yang terletak di Teluk Intan dikatakan mendapat nama daripada kisah Sang Kelembai. Begitu juga Lata Kinjang di Tapah dan Lata Batu Hampar di Padang Rengas.

Di Pahang pula, makhluk itu sinonim dengan Orang Asli daripada suku kaum Batek dan Semelai di Kuala Tahan, Kampung Batu Sawar dekat Pekan dan Gua Kota Gelanggi di Jerantut.

Dalam pada itu, ada juga dakwaan mengatakan kisah ini berlaku di Kodiang, Kedah.

Menurut cerita penduduk Kampung Gajah, tempat itu mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang berbentuk seperti gajah.

Batu itu wujud hasil sumpahan Sang Kelembai terhadap tiga ekor gajah yang sering membuat bising.

Malah, peristiwa mengejutkan itu disaksikan seorang lelaki yang suka memencilkan diri di hutan.

BATU berbentuk seakan-akan gajah di Batu Gajah, Perak.


Budak sakti

Memandangkan Batu Gajah masih tidak mempunyai nama dan baru diterokai, lelaki itu menamakan tempat itu Batu Gajah.

Bukan sekadar makhluk halus, Sang Kelembai juga digambarkan sebagai seorang budak lelaki yang mempunyai kuasa sakti.

Budak tersebut gemar makan rebung buluh menyebabkan penduduk Kampung Gajah sukar mendapatkan buluh kerana semua anak buluh sudah habis dimakan.

Budak lelaki itu kemudian dihalau dari kampung selepas semua pohon buluh ditebang.

Di Kuala Tahan, Orang Asli di situ menceritakan Sang Kelembai ialah seorang manusia berbadan besar dan tinggi.

Kerana tubuhnya besar, dia boleh sampai ke negeri Terengganu dari Pahang dengan beberapa langkah sahaja.

Uniknya, makhluk itu boleh berinteraksi dengan penduduk kampung.

Cara komunikasi mereka juga unik iaitu jika ada urusan dengan Sang Kelambai, orang-orang alim akan dihantar bagi mewakili penduduk kampung.

Malangnya, Sang Kelembai mengamuk selepas anak lelakinya meninggal dunia disebabkan tercekik buah perah yang banyak terdapat di tebing Sungai Tembeling.

Berang dan sedih dengan kejadian itu, gergasi itu mengamuk dan mencabut semua pokok buah perah di sepanjang sungai berkenaan.

Akibatnya, buah perah tiada lagi di tebing Sungai Tembeling hingga sekarang.

Gua Kota Gelanggi yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Jerantut pula mempunyai kisah tersendiri.

Ia sering dikaitkan dengan orang bunian dan Sang Kelembai. Di situ juga wujud batu menyerupai pengantin bersanding, ular dan singa yang dipercayai akibat sumpahan Sang Kelembai.

REBUNG merupakan makanan kegemaran Sang Kelembai.


Raksasa betina

Dalam pada itu, negeri yang terkenal dengan jolokan Negeri Jelapang Padi turut menerima tempias Sang Kelembai.

Penduduk sebuah kampung di Kodiang misalnya menceritakan wujud bongkah batu seperti seekor kerbau yang didakwa disumpah oleh Sang Kelembai. Gua itu ialah Gua Kerbau yang merupakan ikon pelancongan negeri Kedah.

Lebih pelik ada yang mengatakan Sang Kelembai sebenarnya makhluk besar betina yang mendiami kawasan hutan berhampiran Air Terjun Lata Kinjang di Tapah, Perak.

Makhluk itu digambarkan tinggal bersama keluarganya. Ia ditakuti penduduk kampung kerana berperwatakan bengis. Rambutnya berwarna merah panjang mengurai sehingga beberapa meter.

Kawasan batu di sekitar air terjun di situ pula dikatakan terbentuk akibat sumpahan raksasa itu kepada manusia dan haiwan. Ia berang selepas anaknya mati akibat terlanggar sebatang pokok.

Kosmo!

1 Januari 2012

Sunday, February 19, 2012

10 Billionaire Terkaya 2011



 Senarai Ranking 10 Orang Terkaya di Malaysia:

1. Robert Kuok (Kuok Group) - RM45.70 bilion

2. . Robert Kuok (Kuok Group (Maxis) - RM42.99 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.64 bilion

4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation Bhd) - RM11.36 bilion

5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (DRB Hicom) - RM9.53 bilion

6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Malaysia) - RM8 bilion

7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM7.58 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua  (Genting Group) - RM6.58 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) - RM6.41 bilion

10. Ong Beng Seng - (RM 4.92 billion


Info selanjutnya...

Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.

Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

 Robert Kuok

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.

 sumber: utusan malaysia

Inilah Lada (CILI) paling PEDAS di Dunia

 
Satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Institut Chile Pepper di New Mexico State University (NMSU) mendapati, Trinidad Moruga Scorpion merupakan lada paling pedas di dunia ini.

Trinidad Moruga Scorpion

Pengarah Institut Chile Pepper, Paul Bosland berkata, kajian itu turut dijalankan terhadap beberapa jenis baka lada yang dikatakan mempunyai reputasi paling pedas di dunia termasuk Trinidad Scorpion, 7-pot, Chocolate 7-pot dan Bhut Jolokia.

Bhut Jolokia merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007.

Bhut Jolokia

Lada Trinidad Moruga Scorpion mencatat jumlah keputusan tertinggi dengan memperoleh lebih 1.2 juta Unit Haba Scoville (SHU) dan lada Chocolate 7-pot pula merekodkan hampir 1.17 juta SHU.

Lada 7-pot berada pada tempat ketiga dengan memperoleh lebih 1.06 juta SHU manakala Trinidad Scorpion dan Bhut Joloki masing-masing mencatat 1.03 juta SHU dan 1.02 juta SHU.

Thursday, February 16, 2012

Pabila Eropah Membeku

Hari ni kita layan gambar je ya... gambar yang menarik membuatkan hati kita tertarik... bila hati tertarik dan tertawan, jadi jiwa kita akan rasa tenang dan damai.. Dalam masa yang sama kita akan berfikir tentang KEBESARAN ALLAH S.W.T. Bagaimana DIA menciptakan bumi ini seindah-indah ciptaan. Dan kita bertuah kerana menghuni dunia yang Indah ini. Marilah kita mensyukuri nikmat yang kita nikmati hari ini dengan mengingati-NYA...So jom kita layan gambar-gambar kat bawah ni ek..
Eropah beku?? mari kita tengok gambar-gambar yang menarik tentang kebekuannya.. hehehee 










sumber : forum cari

Burung hantu petanda buruk

Burung hantu petanda buruk


Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Sebut sahaja burung hantu, persepsi awal seseorang pasti akan mengaitkan haiwan itu sebagai sebab utama seseorang dilanda kecelakaan mahupun peristiwa buruk.

Malah, cerita itu bukan sahaja menjadi bahan cerita di negara ini tetapi melangkau ke Greenland.

Namun, usah khuatir, di sebalik cerita negatif ada kisah menarik mengenai burung unik ini.

Sememangnya, burung hantu sering dianggap sebagai pembawa sial. Itu menyebabkan ramai yang beranggapan haiwan itu merupakan penjelmaan hantu atau haiwan peliharaan hantu.

Bermula di India, sesetengah penduduk kampung di pedalaman India menganggap burung hantu sebagai penolong dan lambang kebijaksanaan.

Pendapat itu juga dipercayai oleh masyarakat lama di Britain.

Tetapi jika seseorang bermimpi burung hantu, itu merupakan petanda rumah bakal dirompak.

Tidak berhenti begitu sahaja, di utara England, jika seseorang yang terlantar sakit terlihat burung hantu bermakna dia akan menemui ajal tidak lama lagi.

Pelik

Menjengah Ireland pula, ada individu yang menggunakan bulu burung hantu untuk diletakkan di bawah bantal bayi agar si kecil mudah tidur.

Malah, ada yang percaya burung itu mampu memusingkan kepalanya sebanyak 360 darjah.

Cerita yang kebiasaan kita dengar ialah haiwan itu digunakan oleh bomoh untuk aktiviti pengamal khurafat itu.

Di Algeria, meletakkan mata burung hantu jenis Eagle di tangan kiri wanita yang sedang tidur akan menyebabkan wanita tersebut akan bercerita kesemua rahsianya.

Masyarakat Perancis pula menganggap jika wanita hamil mendengar suara burung hantu bermakna anak yang dikandung ialah bayi perempuan.

Masyarakat di rantau Arab turut mempunyai mitos mengenai burung hantu. Mereka percaya kanak-kanak nakal akan insaf dengan perlakuan buruk masing-masing jika dihinggapi burung tersebut.

Segelintir masyarakat China, Jerman, Greenland pula percaya haiwan tersebut mampu memberikan kekayaan, membahagiakan keluarga, memberikan sumber inspirasi kepada keluarga yang memeliharanya.

Bagi segelintir individu di negara ini dan Indonesia, burung hantu lebih mengerikan kerana ia akan memakan bayi yang baru lahir.

Orang Jepun ada yang menganggap burung hantu jenis Eagle pembawa mesej yang baik dan kemakmuran kepada keluarga.

Lazat

Di sebalik kepercayaan itu, burung hantu sebenarnya semakin terancam kerana menjadi buruan untuk diseludup ke Indochina sebagai hidangan eksotik.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Rasid Samsudin memberitahu, haiwan itu mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap dengan harga mencecah RM200 seekor.

Katanya, modus operandi yang dijalankan penyeludup ialah menerima pesanan daripada Orang Asli sebelum diseludup ke luar negara melalui laluan laut atau darat.

"Burung hantu menjadi kegemaran penggemar makanan eksotik di Indochina.

"Ia dikenal pasti mendapat permintaan tinggi berdasarkan beberapa rampasan yang dibuat sebelum ini," katanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada sempena(baik atau buruk) melalui burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada nahas dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis." - (Hadis riwayat Bukhari)

Kosmo!

Cakap Mandarin Waktu Subuh

ISMAIL SALLEH (kanan) memberi kata semangat kepada Noraini sambil diperhatikan abangnya, Jefri (kiri).


Oleh MANIRAH OTHMAN

Bibir gadis berusia 17 tahun itu seperti bergerak-gerak, semacam ada sesuatu yang ingin diluahkan.

Ketika dihampiri, gadis bernama Noraini Ismail itu kembali senyap. Tubuhnya menampakkan kegelisahan, namun masih mampu tersenyum.

Persoalan mula timbul, adakah benar Noraini berubah hanya kerana satu kemalangan?

Ramai mendakwa sejak kejadian pada 10 Januari 2012, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Besut itu mampu bertutur dalam pelbagai bahasa asing.

Dakwa keluarga gadis itu, antara bahasa yang mampu dituturkan ialah bahasa Mandarin, Hokkien, Korea dan beberapa bahasa asing.

Bagi mencari kepastian, penulis bersama jurugambar Kosmo! Ahad hadir untuk menemuramah gadis yang berjaya mencuri tumpuan negara.

Dalam pertemuan itu, Kosmo! Ahad turut ditemani wartawan dari akhbar Sin Chew Daily Terengganu, Lew I-Ling bagi memastikan kesahihan bahasa yang digunakan gadis itu.

Tujuan penulis hanya satu, iaitu untuk mencari kebenaran di sebalik dakwaan yang mengatakan dia mampu bertutur dalam pelbagai bahasa.

"Maaflah, dia hanya akan bercakap bahasa asing selepas bangun dari tidur pada waktu subuh," ujar ibu Noraini, Masena Daud, 48, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Medang, Besut, baru-baru ini.

Namun, penulis sedikit tergamam pada ketika Noraini mula membuka suara. Pelat bahasanya cukup asing walaupun bercakap dalam bahasa Melayu.

Dia sebenarnya membawa sisi lain, iaitu seorang anak keluarga Cina yang ingin bercakap Melayu, sedangkan perwatakan asal Noraini hanyalah gadis kampung yang cukup kuat pelat Melayunya.

"Saya cuba cakap seperti biasa tapi tak boleh. Mama marah dan suruh saya cakap elok-elok tapi saya memang tak boleh cakap macam biasa," katanya dalam pelat loghat Cina.

Jelasnya, perkara itu tidak dibuat-buat dan pakar perubatan yang ditemuinya memberitahu saraf percakapannya mungkin terjejas ekoran kemalangan tersebut.

"Kadang-kadang saya diserang sakit kepala yang kuat tapi saya tak tahu kenapa saya cakap bahasa asing. Saya nak cakap seperti biasa tapi tak boleh," ujarnya lagi.

Mengimbas kejadian 10 Januari lalu, keganjilan mula dikesan selepas Noraini pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan akibat kemalangan.

Kemalangan berlaku ketika dia pulang dari sekolah. Dia yang membonceng motosikal abangnya, Jefri Ismail, 18, terbabit dalam satu kemalangan di Simpang Empat. Mereka kemudian melanggar sebuah lori kecil berhampiran persimpangan lampu isyarat di Kampung Alor Lintang.

Peliknya, dalam kejadian itu, Noraini yang pengsan selama 11 jam hanya mengalami luka kecil di kaki namun selepas dibuat imbasan sinar-X, doktor memaklumkan terdapat darah beku di kepalanya.

Selepas tiga hari, doktor mengesahkan darah beku itu hilang dan dia dibenarkan pulang. Namun secara tiba-tiba gadis ini tidak boleh bercakap dan terpaksa dirujuk ke hospital semula.

Melalui terapi yang dilakukan, dia mampu bercakap semula, namun apa yang mengejutkan ahli keluarganya ialah bahasa yang digunakan.

"Dia tidak pernah mempelajari bahasa asing melainkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jadi kami terkejut kerana dia mampu bertutur dalam bahasa Cina, Korea dan Jepun," jelas Masena.

Bagaimanapun kata Masena, sekalipun mampu bertutur dalam bahasa asing, anak gadisnya itu boleh memahami tulisan bahasa yang dituturkannya.

Sementara itu, I-Ling mengakui pelat bahasa yang digunakan Noraini memang merupakan pelat masyarakat Cina.

"Saya terkejut kerana secara fizikal, dia memang seorang anak Melayu, tetapi ketika bercakap, pelatnya dalam bahasa Cina," ujar I-Ling.

Bagi menguji kesahihan itu, I-Ling bertanyakan beberapa soalan asas dalam bahasa Cina kepada Noraini tetapi ia gagal dibalas oleh gadis itu.

"Saya tidak pasti sama ada dia faham atau tidak kerana saya hanya bertanyakan 'Apa Khabar'. Kalau benar dia mampu bercakap dalam bahasa itu, dia pasti menjawab soalan asas itu.

"Tetapi sepanjang dua jam pertemuan, dia langsung tidak bercakap dalam bahasa asing termasuklah bahasa Cina," jelasnya.

Sementara itu, Masena memberitahu, Noraini akan kembali bersekolah esok dan dia berharap rakan-rakan anaknya itu tidak akan mempersendakannya.

"Ia mungkin akan buat anak saya malu dan saya harap kawan-kawan dia boleh faham keadaan dia dan bergaul dengannya seperti biasa.

"Saya risau anak saya akan berasa rendah diri dan tidak mahu meneruskan persekolahan," katanya.


Hantu cina atau separa sedar

Kebolehan luar biasa yang dilalui Noraini Ismail selepas terlibat dengan kemalangan pada awal bulan lalu dikaitkan dengan dua andaian.

Mengikut pakar perubatan tradisional, kejadian itu akibat diganggu 'hantu Cina', manakala andaian kedua daripada pakar psikologi menjelaskan, kebolehan itu adalah kebolehan separa sedar.

Pengamal perubatan tradisional yang merawat gadis itu baru-baru ini mendakwa, Noraini disampuk roh hantu Cina yang berkeliaran di tempat kemalangan.

"Roh ini biasanya akan memasuki badan individu yang lemah sekali gus membolehkan dia bertutur dalam bahasa yang digunakan oleh roh itu," katanya yang enggan dikenali.

Tambahnya, satu masa dahulu terdapat sebuah kedai milik seorang berketurunan Cina berhampiran lokasi kemalangan itu dan ia kemungkinan berkait dengan roh tersebut.

"Saya sudah rawat Noraini dan kita mungkin akan dapat lihat perubahan dalam masa terdekat," katanya berjaya mengusir dua roh daripada badan Noraini.

Dakwanya, dia turut membuang satu roh dari dalam badan Jefri yang turut terlibat dalam kemalangan bersama Noraini.

Seorang peniaga, Maimunah Awang Chik, 51, memberitahu, kawasan kemalangan membabitkan dua beradik itu bagai kehausan darah.

"Ada juga kemalangan maut, kemalangan yang mendatangkan cedera parah tapi ini kali pertama kemalangan di sini yang menyebabkan mangsa bercakap dalam bahasa asing," katanya.

Namun jelasnya, mungkin ada kebenaran mangsa disampuk hantu Cina kerana berkemungkinan, mangsa kemalangan terdahulu berketurunan Tionghua.

Bagaimanapun, Ketua Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr. Ruhani Mat Min mempunyai pandangan berbeza dan menjelaskan mangsa mempunyai kebolehan yang tidak disedarinya.

Jelasnya, jika dilihat daripada perspektif psikologi dan kaunseling, ia melibatkan emosi seseorang itu yang teruja ataupun timbul keseronokan pada sesuatu perkara melalui pengalaman secara tidak formal.

"Pengalaman secara tidak formal ini diperoleh melalui pembacaan, menonton televisyen dan sebgainya.

"Namun apa yang berlaku kepada Noraini ada kaitannya dengan pengalaman separa sedarnya dan ia perlu dilihat dari sudut positif dan potensi diri itu seharusnya dikembangkan supaya kebolehannya itu dapat dimanfaatkan dan tidak hilang begitu sahaja," katanya.

Kosmo!

Tuesday, February 14, 2012

Bila lakukan sesuatu yang ANDA TIDAK MINAT

Kalau buat perkara yang kita TAK minat...
 
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh...
  • Kalau buat perkara yang kita TAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelaka akan gagal...
 Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
 
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
  • Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!
Untuk berjaya, lakukan perkara yang anda MINAT!

Monday, February 13, 2012

Askar Ghaib Selepas WUDUK

MELAKA: Seorang anggota tentera yang dijadual melangsungkan perkahwinan Mac depan hilang di jirat Cina, di sini, ketika dalam perjalanan mendapat rawatan tradisional akibat masalah kemurungan.

Ketika kejadian pada kira-kira jam 8 malam Ahad lalu, Lans Koperal Mohd Khairul Nizam Majid, 29, yang bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Bukit Beruang, dekat sini, dikatakan dalam keadaan separuh sedar ketika dibawa menaiki kereta oleh tiga rakannya.

Abangnya, Zamri Majid, 43, berkata, dia diberitahu oleh seorang daripada rakan Mohd Khairul Nizam, adiknya itu kelihatan murung dan gelisah kebelakangan ini.

“Pada petang hari kejadian, adik saya dibawa ke Telok Mas untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam, namun selepas tiba di kem pada waktu Maghrib, dia kelihatan semakin gelisah dan resah.

“Tiga rakannya mahu membawa dia mendapatkan rawatan tradisional dan kira-kira jam 8 malam ketika dalam perjalanan, Nizam meminta kenderaan berhenti di stesen minyak di Sungai Putat untuk membuang air,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zamri, adiknya yang ketika itu memakai pakaian seragam tentera terus mengambil wuduk dan kembali menuju ke kereta, tetapi tidak memasuki kenderaan itu, sebaliknya terus berjalan ke arah jalan raya.

“Rakan yang menyedari tindakan pelik Nizam cuba mengejarnya, namun dia terus menuju ke arah jirat Cina terletak kira-kira 500 meter dari stesen minyak itu sebelum gagal dikesan,” katanya.

Ibunya, Jamilah Mahadi, 66, berkata, dia dan suami, Majid Jadi, 74, dimaklumkan mengenai kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu selepas empat anggota tentera terbabit datang ke rumahnya di Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan, jam 5 petang kelmarin.

“Seorang daripada mereka bertanya sama ada anak saya ada pulang ke rumah sebelum saya terus menangis dan menghubungi anak lain apabila anggota berkenaan mengatakan Nizam hilang ketika dibawa menerima rawatan akibat kemurungan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia hairan apabila dimaklumkan anak bongsunya gelisah dan menghadapi tekanan perasaan memandangkan sebelum ini tiada perubahan sikap ditunjukkannya ketika kali terakhir pulang ke kampung pada cuti Tahun Baru Cina, minggu lalu.

“Ketika itu dia kelihatan gembira, malah sempat membawa tunangnya membeli barang hantaran dan menempah pakaian perkahwinan.

“Dia memang pendiam, tetapi jika ada masalah pasti akan memberitahu saya.

“Malah, dia sempat menghadiri majlis tahlil di rumah tunangnya pada 23 Januari lalu sebelum pulang ke Kem Bukit Beruang pada keesokan hari,” katanya.

Jamilah berkata, kali terakhir anaknya itu menghubunginya pada 24 Januari lalu menyatakan selamat tiba di kem, namun mulai bimbang apabila sejak hari itu tiada khabar berita dan panggilan telefon juga tidak dijawab.

Sementara itu, Pegawai Ops Bantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka, Mohd Kamil Hassan berkata, operasi mencari Mohd Khairul Nizam mula dilakukan jam 8.45 malam kelmarin membabitkan 60 anggota dan sehingga jam 9 malam tadi, dia masih belum ditemui. - sumber 

Chun Chun Bayi Terberat Di China

Walaupun baru berusia seminggu, nampaknya Chun Chun sudah menjadi pemegang rekod bayi terberat di China degan berat 15.5 paund semasa dilahirkan  seperti yang dilaporkan oleh Times of India. Tetapi rekod bayi terberat di dunia bukan lah milik Chun Chun. Pada tahun 1879, seorang wanita di Ohio, USA telah melahirkan bayi paling berat dalam buku rekod Guiness dengan catatan 23.7 paun.

Kalau bayi tu sihat walafiat tak pe juga..huhu.








P/S anak ku yang dah nak masuk 4 tahun pun berat dia baru masuk 13 kg....Tu pun jenuh jer aku ajak dia    makan...siap bagi susu pediasure lagi....huhuhu....

Wise Word of the Day

When you talk, you repeat what you already know;
when you listen, you often learn something.
- JARED SPARKS

To profit from good advice requires more wisdom
than to give it.
- CHURTON COLLINS

Never seem wiser or more learned
than the company you are with.
Treat your learning like a watch and keep it hidden.
Do not pull it out to count the hours,
but give the time when you are asked.
- LORD CHESTERFIELD

Harsh counsels have no effect; 
they are like hammers which are always repulsed by the anvil.
- HELVETIUS

One can advice comfortably from asfe port.
- FRIEDRICH VON SCHILLER

Ninety percent of all human wisdom
is the ability to mind your own business.
- ROBERT A. HEINLEIN

A man doesn't begin to attain wisdom
until he recognizes he is no longer indispensible.
- RICHARD E. BYRD

What I am thinking and doing day by day
is resistlessly shaping my future - 
a future in which there is no expiation except through my own better conduct.
No one can live my life for me.
If I am wise I shall begin today to build my own truer
and better world from within.
- H. W. DRESSER

Every generation, no matter how paltry its character,
thinks itself much wiser 
than the one immediately preceding it,
let alone those that are more remote.
- WILLIAM SHAKESPEARE

When we know how to read our own hearts,
we acquire wisdom of the hearts of others.
- DENIS DIDEROT

Check this out

http://my.churpchurp.com/izansupian/share/churpchurp-invite

Wednesday, February 1, 2012

Bunga Tercantik Di dunia

Saya sangat sukakan bunga..hehehhehe. Biasalah perempuan, mestilah suka bunga kan sebab bunga tu kan sifatnya cantik, warna warni...suci, romantik & melambangkan cinta (ya ke?hehehe...). Pendek kata bunga memang selalu dikaitkan dengan perempuan. Tapi korang mesti nak tahukan 15 jenis bunga yang tercantik di dunia? Saya dapat maklumat ni hasil dari pencarian saya dekat pak cik Google. Tapi ni nama in english yer. Jom tengok!


Canna





Cherry Blossom




Colorodo Columbine






Hydrangea






Lily of The Valley






Calla Lily






Black Eye Susan






Bleeding Heart






Blue Bells




Lantana




Rose






Oriental Poppy






Mussaenda Erythrophylla




Begonia






Ixora






Dendrobium





Subhanallah....betapa indahnya ciptaan Allah...