Friday, December 30, 2011

Bertanding Kurus hingga Aneroxia


Maria dan Katy penghidapp penyakit Aneroxia Nervosa


Selama 20 tahun, kedua kembar seiras ini telah bertanding antara satu sama lain untuk menjadi yang terkurus. Maria dan Katy Campbell sebenarnya bekerja sebagai doktor terlatih dan dilahirkan di dalam keluarga yang ternama.



Ketika mereka masih kecil

Menurut ibu bapa mereka, kembar ini telah menghabiskan kebanyakkan masa remaja mereka untuk berulang-alik ke hospital hanya disebabkan oleh masalah Aneroxia. Kini mereka juga perlu dirawat selama beberapa bulan di hospital. Nampaknya penyakit Aneroxia tersebut kini sudah semakin parah dan kemungkinan besar membawa kepada kematian.

Thursday, December 29, 2011

Hotel yang Diperbuat dari Ais

Tidur di atas katil yang diperbuat daripada ais memberi satu pengalaman unik kepada setiap pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti.


Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais.

Pengunjung turut berpeluang menggunakan kemudahan lain seperti restoran dan bar yang menyediakan gelas dan meja diperbuat daripada ais.

Setiap kali tiba musim sejuk sejak 2005, hotel unik tersebut akan dibina semula untuk menampilkan kelainan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Tukang ukir tempatan bertanggungjawab mengukir bongkah-bongkah ais besar untuk membina dan meninggikan dinding hotel tersebut.

Hotel yang mempunyai antara 10 hingga 14 bilik itu terletak pada altitud 2,034 meter.


Namun, bukan semua pengunjung dapat bertahan menginap di hotel tersebut kerana suhu di dalamnya dicatatkan serendah -4 darjah Celcius, walaupun selimut tebal disediakan.

Hotel of Ice merupakan hotel pertama seumpamanya di Timur Eropah dan pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk sampai ke sana.













sumber: utusan malaysia, dailymail.co.uk

Sebab Mengapa Lelaki tak Sesuai jadi Babysitter.

No offense, bukan semua bapa-bapa di luar sana (at least bukan di Malaysia kot) yang berperangai sebegini bila disuruh menjaga anak mereka yang masih kecil. Cuma mungkin sesetengah bapa yang nakal, liar dan gila2 saja yang mungkin berperangai macam ni...kesian kot!

 








Monday, December 26, 2011

<a href="http://www.hypersmash.com/hostgator/" id="IF304">HostGator promo code</a>

Monday, December 19, 2011

Gempar Satu Malaysia Perkahwinan Gay . Ariff Alfian Rosli



Berikut inilah gambar-gambar perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli bersama pasangannya di Dublin, Ireland yang mencetuskan kegemparan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini: 








Dengan tersebarnya berita dan gambar-gambar ini, ia menjawab misteri kehilangan Ariff Alfian Rosli seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 3 hari yang lalu:


KUALA LUMPUR 12 Dis. - Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja.

"Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas.

"Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.

"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.

  
sumber: utusan malaysia, http://www.rotikaya.com 


GEMPAR satu MALAYSIA.....


Lawa Baju Melayu yang dipakai (Ariff)

Sumber : papagege

Sunday, December 18, 2011

POKOK KASUT

SAMA ADA untuk memperingati sesuatu tarikh atau memasang niat tertentu, pemandangan sebatang pokok 'berdaun' kasut sudah dianggap lumrah di Amerika dan beberapa negara Eropah.


SEBATANG pokok kapas setinggi 21 meter di Middlegate, utara Nevada, Amerika Syarikat sudah lama menjadi tarikan kepada pengembara kerana terdapat beratus-ratus pasang kasut koboi, tumit tinggi, sandal, selipar bahkan kasut luncur bergantungan di dahannya. Ia dikatakan pokok kasut terbesar di dunia.

Penjaga bar di Old Middleton Station - kombinasi bar, restoran dan stesen minyak, berkata kasut pertama yang tergantung di pokok itu dilemparkan oleh seorang lelaki yang baru berkahwin pada tahun 1980-an selepas bertengkar dengan pasangannya. Pasangan itu datang berkhemah di bawah pokok kapas itu.

"Si isteri habis banyak wang disebabkan berjudi dan si suami yang marah telah membaling kasut isterinya ke arah dahan pokok itu," kata Stevenson.

Setahun kemudian, pasangan itu datang semula ke tempat itu dan menunjukkan kepada anak sulung mereka kasut yang pernah menjadi tanda pertengkaran mereka.

Pokok itu tumbuh di tepi Laluan 50, jalan raya yang dianggap paling sunyi di AS. Pada malam Tahun Baru baru-baru ini, pokok itu telah ditebang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kisah pokok kasut telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Amerika, sebuah kuasa besar dan didakwa paling maju di dunia.

Hakikatnya, pokok seumpama itu berselerakan di negara itu termasuk di negeri seperti New York, Idaho, Indiana, Maine dan Michigan.

Menurut masyarakat tempatan, amalan membaling kasut ke atas pokok masih misteri dan hanya dilakukan pada pokok terpilih sejak tahun 1970-an.

Amalan membaling kasut seperti menjadi ritual suci bagi memperingati tarikh tertentu atau sebagai tanda mereka pernah melalui sesuatu kawasan.

Tragis

Pengkaji pokok kasut di AS, Doug Kirby bersungguh-sungguh untuk merungkai misteri popular itu.

Menurutnya, sesetengah pokok kasut bermula dengan insiden yang tragis. Dia memberi contoh peristiwa yang berlaku di Salem, Michigan apabila pokok kasut di situ dikaitkan dengan pembunuhan bersiri kanak-kanak yang mana kasut mereka dilempar ke atas pokok selepas dibunuh.

Terang Kirby, bukan mudah untuk melempar kasut ke dahan pokok kerana terdapat tiga peraturan yang perlu diikuti oleh mereka yang mempunyai hajat tertentu.

"Antaranya, sepasang kasut mesti diikat bersama sebelum balingan dibuat. Teknik mengikat dan membaling perlu betul. Jika mengetuk kasut berhampiran pokok itu, pemilik dikhuatiri terkena sumpahan dan mungkin mendatangkan bahaya jika pokok itu sudah reput.

"Kasut yang tergantung di dahan pokok dipercayai mempunyai roh 'Manitau' daripada pemilik sebelumnya yang mengganggu mereka dengan sengaja," ujarnya.

Tambahnya, di Arkansas, pemilihan pokok kasut berhampiran Empangan Beaver agak unik kerana rata-rata pokok di situ sama saiz.

Katanya, pokok kasut itu bukan sekadar menarik perhatian penduduk setempat malah pengunjung turut mengambil peluang membaling kasut yang ditulis dengan mesej tertentu menyebabkan laluan di situ sesak.

"Pada tahun 2000, angin kencang melanda Arkansas mengakibatkan pokok kasut Beaver tumbang manakala kasut-kasut yang tergantung jatuh bersepah.

"Seperti tiada penghujung, beberapa bulan berikutnya pokok kasut Beaver sudah ada pengganti. Penduduk setempat dan pengunjung tidak melepaskan peluang melakukan amalan seperti sebelumnya," katanya.

Akibat terlalu ramai pelawat datang ke situ, ada individu tidak dikenali telah mencantas pokok berkenaan.

Kesannya, kini orang ramai yang mengunjungi pokok kasut Beaver semakin berkurangan. Bagaimanapun, di negeri lain di AS, amalan pelik itu masih berterusan.

Kosmo!

9 Januari 2011

Halau Jin Pakai CD

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

AHMAD menyifatkan ayat-ayat Rukyah sebagai menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.


RUTIN harian Ahmad Husin, 35, seperti insan biasa lain. Usai bersarapan, pemegang diploma teknologi maklumat dari sebuah kolej tempatan ini bingkas bangun melayan pesakit yang bertandang ke premisnya yang terletak di hadapan Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya, Selangor.

“Ada rasa sakit kepala, dada, tulang belakang atau rusuk selepas waktu Asar?” soalnya pada pesakit lelaki berusia lewat 40-an itu.

Tebak Ahmad lagi setelah jawapan negatif diberikan, selalukah mendapat mimpi dipatuk ular, jatuh dari tempat tinggi atau berada di lokasi sunyi dan kotor?

Juga negatif jawapan pesakitnya, Ahmad menggunakan pula pendekatan refleksologi untuk mengesan gangguan jin dengan cara memicit telapak tangan, lengan, ibu jari kaki dan pelipat lutut.

Oleh kerana kesemua lokasi yang ditekan tidak meninggalkan sensasi mencucuk seolah-olah renjatan elektrik, pesakit tadi disahkan bebas daripada gangguan jin atau sihir.

“Mungkin rasa sakit-sakit dan lenguh badan ini disebabkan kecederaan lampau,” ujarnya menyampaikan resolusi.

Pengalaman selama lima tahun Ahmad dan keberkesanan rawatan terapi al-Quran membuatkan Ahmad dipercayai pesakit.

Menurutnya, terapi yang berteraskan Rukyah Assyariah iaitu ayat tertentu daripada al-Quran dan doa yang selari dengan syariat ini bukan bidang baru dalam perubatan Islam.

Memperoleh ilmu daripada gurunya di Kedah, Ustaz Abdul Malik Lazim, Ahmad berkata membacakan ayat-ayat Rukyah kepada pesakit adalah kaedah yang paling afdal dalam menyingkirkan jin daripada tubuh seseorang.

Panas

“Semasa dibacakan 20 ayat Rukyah, pesakit diminta memejamkan mata dan mendengar dengan tenang tetapi tidak dibenarkan mengikut bacaan tadi bagi memastikan ayat tersebut ‘masuk’ ke dalam badan.

“Selepas itu, hembus ubun-ubun pesakit begitu juga dua botol air mineral bersaiz besar yang disediakan pesakit setiap kali datang berubat,” katanya.

Tambah Ahmad, sebotol air tersebut perlu diminum pesakit selama tujuh hari manakala sebotol lagi dibuat mandi.

Ahmad menyifatkan semua gangguan jin sebagai satu bentuk sihir. Antara simptom terkena gangguan jin ialah pesakit akan kerap bersendirian, menangis, tubuh menggeletar, meracau, badan bertukar panas, terdapat seperti sesuatu bergerak di bawah lapisan kulit dan pitam.

Oleh sebab itulah, apabila anggota badan pesakit yang mendapat gangguan jin disentuh, lokasi jin melekat akan terasa panas dan menjadi keras.

Kekuatan serangan jin ke atas manusia berbeza-beza dan akan menjadi-jadi sekiranya kaedah menghalaunya berbaur syirik.

Jin berupaya masuk ke dalam badan seseorang menerusi liang roma atau anggota badan yang berongga.

“Tidak kiralah sama ada melalui rongga badan yang besar seperti hidung, telinga, mulut dan kemaluan, jin juga berupaya merasuk manusia menerusi liang peluh,” bicaranya.

Sehubungan itu, Ahmad menyarankan setiap premis ‘dipagar’ dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi mengelakkan diganggu atau membuang sihir yang sedia ada.

“Laungkan azan di tengah-tengah premis atau rumah dengan menghadap ke arah kiblat dan renjiskan kawasan sekitar dengan air bacaan ayat Kursi,” katanya.

Ahmad turut mengesyorkan agar tiada gambar hidup digantung di dalam premis kerana gambar itu ibarat magnet yang menarik jin untuk singgah ke dalamnya.

“Simpanlah gambar di dalam album sahaja,” cadang Ahmad.

Dalam pada itu, terapi audio turut digunakan Ahmad dalam merawat pesakit yang terkena gangguan jin.

“Cakera padat (CD) yang mengandungi bacaan ayat-ayat Rukyah boleh dipasang setiap hari selama sebulan untuk mencegah daripada terkena sihir,” tegasnya.

Kereta

Amalan mendengar CD Rukyah di dalam kereta bagaimanapun tidak digalakkan kerana dikhuatiri membahayakan pemanduan.

“Jika badan kita kemungkinan mempunyai gangguan jin, ia akan menyebabkan seseorang mengantuk dan mengundang berlaku kemalangan,” katanya yang tidak menolak amalan memasang CD di dalam kereta bagi individu normal yang tidak diganggu jin.

Ahmad turut menjelaskan tiada halangan untuk seseorang merawat gangguan jin secara persendirian berbekalkan bacaan ayat-ayat Rukyah.

“Kes gangguan ringan bolehlah dibuat sendiri dengan cara memasang CD ayat-ayat Rukyah bersebelahan dengan tiga botol air mineral yang dibuka penutupnya.

“Setelah selesai, minum air tersebut sebanyak tiga kali setiap hari sehingga habis,” ujarnya.

Tambah Ahmad lagi, pelbagai manfaat diperoleh menerusi amalan membaca ayat-ayat Rukyah.

“Ayat-ayat Rukyah sifatnya menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.

“Selain itu, ayat-ayat ini mampu mengurangkan pendarahan berpanjangan bagi wanita yang mengalami istihadah,” ungkapnya.

Kosmo!

27 Mac 2011

Penanaman Uri

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan MOHD. ALIF ABU BAKAR

DARAH yang terlekat pada uri dibersihkan menggunakan asam keping.


SELEPAS 12 jam bertarung nyawa di kamar bersalin Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Shayeeda Ziana Shariff, 24, akhirnya tersenyum tatkala mendengar suara tangisan si kecil yang dinanti-nantikan.

Walaupun ibu muda itu sudah tidak tertanggung keletihan, perasaan itu lenyap sebaik sahaja mendakap anak lelaki pertama yang baru dilahirkannya.

Selepas selamat bersalin dan bayi itu diazankan bapanya, tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama bayi itu daripada rahim ibu.

Walaupun dunia semakin moden, kelaziman keluarga Shayeeda menanam uri masih mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu.

Selain bertujuan menjamin kesejahteraan bayi tersebut, menurut Shayeeda seluruh keturunannya juga dipercayai akan kekal terpelihara dan dilimpahi kebaikan.

Nasib baik

Ibu mentuanya, Rusmah Jaafar, 63, diberi tanggungjawab menguruskan uri tersebut.

“Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.

“Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

“Sebelum lubang dikambus, saya letakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali,” jelas Rusmah yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.

Menurut beliau lagi, barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah.

Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam.

Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Seorang warga emas, Mas Mamat, 64, percaya uri yang ditanam mempunyai ‘hubungan’ dengan kehidupan bayi yang baru lahir.

Beliau juga mengakui tradisi pengurusan uri seperti yang dipraktikkan Rusmah turut dilakukan ke atas semua bayi yang lahir dalam keluarganya.

“Selepas uri dibersihkan dan direndam dengan air garam semalaman, ia mesti ditanam di kawasan yang orang sentiasa lalu lalang supaya anak yang bakal membesar dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang mencurah-curah,” ujarnya yang berasal dari Kelantan.

Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Penghormatan

Namun begitu, penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.

“Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin.

“Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi,” ujarnya ketika dihubungi Jurnal.

Katanya, uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.

Tambahnya lagi, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.

“Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah,” katanya merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.

Beliau turut memberitahu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamaruzaman Ali pula menjelaskan tiada upacara khas dilakukan pihaknya untuk menguruskan uri wanita selepas bersalin.

“Biasanya, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut.

“Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkuman dan dibakar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, individu yang menyucikan uri perlu memakai sarung tangan bagi mengelakkan kebarangkalian virus atau kuman yang mungkin melekat pada uri menjangkiti individu terbabit.

Kamaruzaman menasihatkan agar uri ditanam di kawasan yang sesuai dan jauh daripada lokasi haiwan berkeliaran bagi mengelakkan uri itu digali.

“Seelok-eloknya uri perlu ditanam di dalam lubang yang digali lebih sekaki bagi tujuan membendung dihidu binatang buas,” katanya.

Kosmo!

Friday, December 16, 2011

Berjaga Ketika Memandu

Apabila memandu pada jarak yang jauh, terutama pada waktu malam, ia adalah perkara biasa untuk rasa mengantuk, terutamanya selepas hari yang panjang dan memenatkan. Ini sudah tentu adalah satu situasi yang merbahaya. Selain dari berhenti jalan raya dan tidur sebentar, apa lagi yang oleh dilakukan untuk berjaga dan terus memandu?

Langkah-Langkah
Minum minuman bertenaga. Ini boleh meningkatkan tahap kewaspadaan untuk satu jangka masa yang sesuai ketika memandu. Selain itu, hisap atau mengunyah epal, oren, atau pun lemon untuk mengekalkan deria rasa anda terjaga. Lebih masam item makanan tersebut yang lebih baik.

Berhenti di tempat yang selamat sebelum memakan apa-apa yang tidak boleh masuk ke dalam mulut anda terus. ( Walaubagaimanapun, makan semasa memandu boleh menyebabkan kemalangan)
Makan secara perlahan-lahan. Jika anda mempunyai snek yang dalam bentuk ketulan kecil, makannya satu persatu. Sebaliknya, makan dengan sikit apa sahaja yang anda ada. Jadikan setiap satu berbaloi. Jika anda lebih aktif, lebih senang untuk anda berjaga. 
Minum dengan banyak. Kopi amat berkesan disebabkan ia mempunyai kafein di dalamnya, yang boleh membuatkan anda tidak mengantuk. Selain itu, berhenti dengan kerap untuk ke tandas boleh membuatkan minda anda segar untuk kawasan rehat yang seterusnya.

Mendengar muzik. Selain dari mendengar pilihan muzik anda sendiri, lebih menjengkelkan muzik itu lebih baik. Jangan dengar muzik yang anda suka, lebih-lebih lagi jika ia berirama dan menyenangkan. Anda akan berada di dalam zon gembira anda dan mula berasa mengantuk. Jika boleh, dengar stesyen yang anda tidak tahan dan pasangnya dengan kuat.

Nyanyi bersama-sama, atau, berbual dengan seseorang di dalam kereta itu. ( Elakkan daripada bercakap dalam telefon bimbit kerana ia akan menimbulkan risikonya teersendiri). Menyanyi dan berbual adalah sesuatu yang membuatkan anda aktif tanpa menganggu pemanduan anda.

Buka Tingkap. Angin yang kuat dan dingin ke muka anda boleh membuatkan anda lebih berjaga-jaga, tetapi pastikan ia tidak membuat mata anda kering (perkara ini biasa berlaku kepada pengguna kanta lekap).

Goyangkan kepala
 anda dari semasa ke semasa dan ambil nafas yang panjang. Pertimbangkan untuk mengambil ubat presikpsi jika tidur semasa memandu ialah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, sebagai contohnya jika anda mempunyai gangguan tidur semasa tukar shift/ shift work sleep disorder (SWSD)
Letakkan kerusi itu pada posisi yang anda tidak biasa, tetapi pastikan anda mempunyai penglihatan yang baik terhadap jalan dan cermin anda. Apabila anda telah membiasakan diri, tukarkan posisi itu semula!

Kunyah gula-gula getah. Ia mampu menghalang anda dari menguap justeru mengelakkan anda berasa mengantuk. Pastikan anda terus mengunyah walaupun mulut anda berasa penat.

Tips Memandu Dengan Selamat
Terdapat banyak jenis kenderaan anda boleh pandu, tetapi terdapat langkah-langkah yang khusus patut diambil untuk memastikan keselamatan anda. Berikut adalah beberapa tips berguna untuk keselamatan anda.
  1. Pakai tali pinggang keledar
  2. Elakkan meletak kenderaan dengan haram, kenderaan anda mungkin akan ditarik atau disaman. Pastikan anda ingat dimana anda letak kenderaan anda.
  3. Jangan langgar lampu merah. Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hati dan patuhi peraturan semasa memandu.
  4. Berjaga-jaga. Periksa cermin sisi dan cermin belakang anda; pastikan anda boleh melihat semua kenderaan dan pejalan kaki dibelakang dan di hadapan anda.
  5. Jangan lakukan sesuatu dengan cepat atau tiba-tiba, bagi mengelakkan pelanggaran. Sebagai contoh, memandu secara melulu dan pantas, atau memberhenti secara tiba-tiba.
  6. Jangan menyelit diantara kenderaan di lebuh raya kerana perbuatan ini sangat merbahaya.
  7. Berwaspada dengan kenderaan-kenderaan yang besar seperti lori-lori yang besar dan bas. Kenderaan-kenderaan besar ini kebiasaanya mempunyai titik buta atau penglihatan dan pergerakkan yang terbatas.
  8. Jika kereta anda mempunyai ABS (antilock braking system), tekan brake tersebut sekuat yang anda boleh bagi mengaktifkan mechanisma tersebut untuk membuat hentian kecemasan.
  9. Perlahan! Anda mungkin rasa terkejut bertapa banyak tekanan dapat dikurangkan jika anda hapuskan rasa terburu-buru anda. Berikan diri anda lebih masa dan nikmati keselesaan memandu.