Monday, February 27, 2012

Phobia Hilang Handphone

Tak hairan bila ramai orang yang panik bila mengetahui bahawa telefonnya hilang. Rasa takut dan panik disebabkan oleh kehilangan telefon bimbit merupakan satu lagi jenis fobia dalam individu yang dikenali sebagai nomophobia (no-mobile-phobia). 
Dalam satu kajian survei yang telah dijalankan di Britain, sebanyak dua per tiga daripada 1,000 subjek menyatakan bahawa mereka menjadi takut apabila tidak memiliki telefon bimbit. Jumlah ini meningkat sebanyak 53% dariapa dapatan kajian pada tahun 2008. Golongan yang mencatatkan peratusan tertinggi ialah mereka yang berumur antara 18-24 (77%). Dikatakan juga dalam laman web Newser bahawa wanita lebih cenderung untuk mengalami nomophobia.

Menurut AllAboutCounseling.com, antara tanda-tanda nomophobia termasuklah gementar, berpeluh, dan merasa loya apabila tidak memiliki telefon bimbit. Satu tanda lagi ialah kerap memeriksa atau kerap risau tentang telefon bimbitnya walaupun ia berada di tempat yang selamat.

Nomophobia ini boleh diatasi dengan melakukan beberapa perkara. Antaranya ialah dengan menjalani kehidupan biasa selama beberapa hari tanpa telefon bimbit, mengelakkan fikiran negatif, dan cuba melakukan teknik pernafasan atau yoga. Namun sekiranya anda tidak dapat melakukan perkara tersebut, sebaiknya dapatkan khidmat profesional seperti kaunselor dan ahli terapi.

No comments: