Friday, November 8, 2019

Bersawang

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anda yang sudi membaca.

Bersawang dan dah beranak pinak sawang ni kan. Entry terakhir saya adalah pada tahun 2012. Wow memang satu jangkamasa yang teramat lama tu. Lepas satu kejadian yang meloret cerita luka satu tika dahulu, saya menjadi agak memilih untuk kongsikan sebarang kata dan luahan. Meluahkan perkara yang baik, tapi maaf atas khilaf saya. saya share sesuatu yang peribadi.tiada sebarang bantuan yang dapat diberikan. apa yang terjadi biarlah antara saya, individu tersebut dan ALLAH. Saya benar- benar berharap apa yang akan kongsikan disini sentiasa memberi manafaat pada semua.

Pada mulanya saya bercadang untuk keluarkan sahaja pos yang ada dan delete pos serta blog in. tetapi bila saya scroll dan baca balik .. SAYANG. ni teman saya pada satu ketika dahulu. teman saya membesar dan mematangkan saya. kita tak boleh buang sesuatu yang berharga dalam hidup ni kan. tak mampu beri kita kongsi. jadi saya harap sebarang perkongsian saya di masa hadapan adalah yang memberikan manafaat dan bakal membantu anda.

Saya bukan seorang yang pandai bermain kata-kata. kebanyakan masa saya adalah suka diam sahaja. tahun ini tiba-tiba saya rasa sunyi yang teramat sangat. jadi saya ingin mencari tempat untuk meluahkannya..funny.. but no worries saya tak kan share personal things. hanya sekilas dan sepintas rasa di hati dan di fikiran.

semua orang ada up and downs mereka kan. mungkin ini masa saya.

jadi dengan itu saya dengan berbesar hari ingin menyatakan.

SYUKUR ALHAMDULLILAH.
TERIMA KASIH YA ALLAH, 
Tanda kasih sayang mu, sudi mengejutkan hambamu yang khilaf.

Insyaallah, selepas ini saya kan kurangkan segala isu merepek. hanya perkongsian yang bermanafaat untuk mereka yang sudi membaca dan meninggalkan jejak.

tolong tegur saya andai ada khilaf, tolong berikan saya tunjuk ajar. kerna apa yang saya coretkan di sini hanya yang saya tahu. ada banyak lagi perkara yang saya masih cuba pelajari. coretan di sini hanya saya lakulan sekarang secara spontan dan tiada draf. jadi andai ada kesilapan ..ampun maaf di pinta.


ikhlas dari,

dee.

No comments: