Wednesday, September 14, 2011

Office Disaster 1

Sifat setiap orang memang berbeza antara satu sama lain.Banyak perkara yang boleh mempengaruhi pembentukan keperibadian seseorang itu. Antara yang paling penting adalah cara didikan ibu bapa dan pergaulan. Dalam pada itu pengalaman yang kita harungi juga antara salah satu elemen yang penting juga. Ketiga-tiga elemen ini bergabung dan membentuk keperibadian yang kukuh asasnya. Maka jadilah seseorang individu itu. Baik atau buruk terpulang pada pemikiran kita.

Semenjak aku bekerja di sini banyak yang telah dipelajari. Aku sebelum ini banyak beroleh pengalaman bekerja dari company yang majarotinya cina.memang tak dinafikan banyak perbezaan bekerja dengan company melayu ni. Office Disaster sahaja yang aku boleh katakana.

Mana-mana pun kita mencari rezeki, politik akan wujud. Jangan ingat politik Negara jer yang kotor yer… politik Office pun sama gak.Lagi company melayu ni. Bukan sahaja politik membezakan mereka, banyak puak pun sama juga. Satu perkara yang menakutkan untuk aku..

Memang banyak sangat perbezaanya. Tapi terpaksa juga aku harung semua perkara itu. Semata-mata untuk anak kesayangan ku. Maki hamun, jerit pekik, kutuk, perang FB dan banyak lagi berlaku disini… namun kaki ku tetap juga cuba bertahan… akan bertahan hingga aku tidak tertahan.

Kupohon Ya Allah, Kurniakan aku kesabaran dan kekuatan untuk menempuhi perkara yang mendatang.
Kiranya rezeki ku tiada lagi disini, Engkau ketemukan aku sesuatu yang lebih baik. Amin.

No comments: