Sunday, June 3, 2012

Freegan - Pencuri Makanan Dalam Tong Sampah


Beberapa orang mencari sisa makanan yang dibuang dalam tong sampah untuk dimakan di Bandaraya Vancoucer. Mereka merupakan kumpulan yang dikenali sebagai freegan yang tidak membelanjakan wang untuk membeli makanan.


Freegan ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Inggeris iaitu free bermaksud percuma dan vegan yang merujuk kepada para pemakan sayur.

Kumpulan itu akan mencari pelbagai jenis makanan terbuang sama ada untuk disimpan atau dimakan. Anggota-anggota kumpulan itu turut membuat makanan seperti sandwic daripada sisa makanan.

Matlamat kumpulan itu ialah untuk membangkitkan kesedaran orang awam tentang isu pengambilan makanan yang berlebihan.


 
sumber: kosmo

10 Artis lelaki Terkacak Di Filipina





Berdasarkan undian peminat-peminat di sebuah lawan web hiburan di Filipina, berikut adalah 10 Artis Lelaki Terkacak dan Terseksi di Filipina:



10. Diether Ocampo


9. Sam Milby


8. Rafael Rossel



7. Jericho Rosales



6. Jake Cuenca



5. Derek Ramsay



4. Dindong Dantes



3. Aljur Abrenica



2. Piolo Pasqual



1. Coco Martin

sumber: http://twentyfive.hubpages.com

Crystal Clear Phone - Handphone Lutsinar Di masa depan


Handphone konsep di bawah ini direka oleh seorang desainer dari Korea, Seunghan Song. Diperbuat daripada sejenis bahan gentian kaca yang lutsinar, dilengkapi dengan skrin sesentuh serta operating system berkemungkinan Windows, ia berkemungkinan bakal menjadi kenyataan (mula diproduksi) dalam beberapa tahun akan datang. 





sumber: http://www.mykindofphone.com

Siapa penulis Irsyad Manji?Kenapa? Mengapa?


Sepanjang minggu lepas, dan sehinggalah ke hari ini, jika anda membaca akhbar-akhbar arus perdana, atau juga menonton berita di Tv, pasti antara isu yang hangat adalah berkaitan dengan sebuah buku bahasa Inggeris yang di Melayukan bertajuk 'Allah, Kebebasan, dan Cinta' ( Allah, Liberty and Love) karya penulis Irsyad Manji. Apa yang hebatnya tentang buku ini dan penulisnya sehingga semua pihak menyeru agar ia diharamkan di negara ini?



Siapakah Irsyad Manji?

Irshad Manji adalah seorang penulis wanita yang berasal dari Kanada berkelahiran Uganda pada tahun 1968 oleh kedua ibubapanya yang berasal India dan Mesir. Mereka sekeluarga terpaksa melarikan diri  sebagai political refugees ke Vancouver, Canada tahun 1971-73.

Irsyad Manji berkata " I am a reformist not a moderate" ingin mentakrifkan semula pengertian kebebasan atas nama ajaran Islam dan keberanian menolak segala bentuk kelakuan yang mengabsahkan kezaliman atas nama agama.

Beliau menganut faham liberal, open lesbian dan seorang feminist.  Dirinya ingin menyatakan secara bebas melalui pemahaman ceteknya dan literal beliau terhadap sumber agama. Beliau dianggap " Sang Pencerah Baru" yang membawa refomis kepada pemahaman Islam yang lebih terbuka dan berani keluar dari lingkungan adat dan kebiasaan.


Beliau mengikut dua sistem pengajiiannya di waktu pagi di sebuah sekolah kerajaan Canada dan sebelah petangnya di sebuah madrasa hingga umurnya 14 tahun. Beliau dikeluarkan dari Madrasa ini lantaran terlalu banyak menyoal kepada para gurunya. Beliau diterima masuk ke British Columvia University dalam major "History of Ideas". Beliau ingin membawa idea pembaharuan dan melakukan ijtihad baru dalam ajaran Islam yang beliau lihat tidak realistik dan zalim pada fikirannya.

Memang kalau dilihat dari latar belakang dari pelarian dari Uganda ini sudah tentu bagi kita mungkin tidak dapat memahaminya. Namun sebagai keluarga yang ditindas dan dibunuh atas faktor kezaliman politik di negerinya mungkin menyebabkan lahirnya sifat jiwa yang memberontak hingga dengan kecetekan ilmunya terhadap pemahahaman Islam yang sebenar menyebabkan beliau berbicara berani tanpa ilmu yang bukan menyesatkan dirinya bahkan menyesatkan pegangan agama orang lain.



Idea-Idea Sesat Yang Dibawa Irsyad Manji

Beliau mencadangkan bahawa tidak salah untuk wanita Islam berkahwin dengan bukan Islam, mengamalkan lesbian dan homosexual. Namun dalam masa yang sama bangkangannya terhadap kezaliman dan ruang kebebasan di negaranya atas nama agama atau fahaman politik ada kebenarannya jika dibanding dengan nikmat kebebasan yang beliau terima di Canada tanah pelariannya. Antara lain:
 

1. Irshad Manji meragukan kebenaran dan kesempurnaan Al-Quran.

“Quran tidak memperlihatkan sifat egalitarian jelas untuk perempuan dan wanita. Ianya tidak jelas tetapi penuh dengan kebingungan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Jauh daripada sempurna, kenyataan-kenyataan Quran yang sering bercanggah itu memaksa para Muslim yang hidup “berpandukan Quran” untuk memilih yang mana untuk diberi penekanan dan yang mana untuk diendahkan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Kita harus mengaku bahawa Quran memainkan peranan dalam konflik di merata tempat. Belas kasihan dan hasad dengki dan dendam muncul sebelah-menyebelah. Lihatlah apa yang dikatakannya tentang wanita.

Baris-baris yang penuh dengan kasih sayang dan baris-baris yang penuh dengan kedengkian dan kebencian tidak jauh di antara satu sama lain. Begitu juga dengan kepelbagaian agama. Tidak wujud satu teras di dalam teks yang kononnya sempurna, tidak boleh dipertikaikan dan jelas ini. Kesempurnaan Quran adalah diragukan.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)



2. Irshad Manji mempertikaikan kema’suman Nabi Muhammad s.a.w lalu menganggap hadith-hadith tidak patut dijadikan sumber rujukan.

“Bagaimana pula dengan masalah tentang sifat kemanusiaan Nabi Muhammad dan maka terdedah kepada kemungkinan melakukan kesilapan. Sssh. Oleh kerana hadith-hadith ini mengisahkan kehidupan utusan Tuhan terakhir kepada umat manusia, syak-wasangka dan keraguan terhadap hadith-hadith tidak boleh diterima sama sekali…nampak tidak ke mana hala tuju kita? Ke destinasi yang bernama Mati-Akal.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Di dalam kumpulan hadith – riwayat-riwayat sabda dan perlakuan Nabi Muhammad – hampir kesemua yang menyebut tentang anjing hitam muncul dengan rujukan-rujukan yang menghina terhadap perempuan dan Yahudi. Jauh daripada objektif, riwayat-riwayat hadith ini mengutuk anjing-anjing hitam dengan makhluk-makhluk “lain” yang terkutuk. Sekiranya kita tidak mempertikai hadith-hadith, dan sekiranya kita membuka mata kepada corak-corak prasangka, maka kita terus mendokong satu sistem yang menganggap jutaan makhluk Tuhan sebagai makhluk hina dan pelik.” (Irshad Manji, Bab 3: The Trouble with Islam Today.)

“Antara sabda Nabi yang mereka gemari: “Berhati-hatilah terhadap perkara baru, setiap yang baru ialah bidaah (pembaharuan) dan setiap bidaah itu satu kesalahan.” Inikah caranya untuk membina masa depan?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)


3. Irshad Manji meremeh-remehkan solat dan kefardhuannya.

“Namun demikian, tindakan mengambil wuduk, melafazkan ayat-ayat tertentu, sujud dalam keadaan kekok, pada waktu-waktu yang ditetapkan dalam sesehari, adalah satu bentuk penyerahan yang tidak masuk akal – dan satu kecenderungan untuk submisif kerana sudah menjadi kebiasaan. Jika kalian belum pernah menyaksikan kecenderungan ini pada ibubapa atau datuk dan nenek kalian, kalian adalah Muslim di luar kelaziman, sahabatku. Aku mula sedar bahawa apa yang sepatutnya bermula sebagai pedoman hidup beriman berakhir menjadi satu ikutan semata-mata, dan ini membuat aku menggantikan rutin sembahyang biasa aku dengan sesuatu yang lebih bermakna: perbualan-perbualan yang tidak terselindung dan tidak mempunyai struktur khas dengan Pencipta sepanjang hari. Setidak-tidaknya kata-kata perbualan itu adalah daripada aku sendiri.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)

“Nampaknya dalam Islam, para imperialis kebudayaan Arab bersaing dengan Tuhan untuk takhta Yang Maha Berkuasa. Quran menegaskan “Dan milik Allah timur dan Arab. Ke manapun kamu menghadap di sanalah wajah Allah.” Jadi, kenapa , umat Islam harus tunduk menghadap Makkah lima kali sehari? Tidakkah ia menandakan ketewasan kita terhadap Padang Pasir?” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)



4. Irshad Manji giat mempromosi homoseksualiti dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong pendapatnya.

“Bagaimana pula Quran boleh mengecam homoseksualiti dan pada masa yang sama melaung-laungkan segala yang Allah “cipta adalah indah?” Sumber: Quran, 32:6-7, “Yang demikian itu, ialah Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata Yang Maha Perkasa, Maha Penyayang. Yang memperindah segala sesuatu yang dia ciptakan. Lihat juga 38.26 yang berbunyi, “Dan kami tidak menciptakan langit dan bumi dan ada apa di antara keduanya, dengan sia-sia.” Ada ayat-ayat yang serupa di 3:191 dan 3:48 yang berbunyi, “Tuhan mencipta apa yang diinginiNya.” (Irshad Manji, Bab 1: The Trouble with Islam Today.)

“Al-Fatiha ialah pertubuhan gay dan lesbian Muslim yang mempunyai cawangan-cawangan di kotaraya-kotaraya besar di Amerika Utara dan Eropah. Di Toronto, paling tidak, majlis makan malam tahunannya menarik kehadiran sesetengah ibubapa-ibubapa yang beragama Islam.” (Irshad Manji, Bab 2: The Trouble with Islam Today.)

“Tidak lama dahulu, semasa minggu coming-out di sebuah universiti Amerika Syarikat, aku membentangkan topik Tuhan dan golongan gay.” (Irshad Manji, Bab 6: The Trouble with Islam Today.)


Bahayanya Pemikiran dan Pengaruh Irsyad Manji

Manji sebagai seorang lesbian yang “seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Melayu walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam.

Usaha bersistematik dan terancang peringkat Asia dan global sedang dilaksanakan berterusan mengasak negeri-negeri Muslimin khususnya negara Malaysia dan Indonesia bagi mewujudkan satu gelombang baru yang mengajak masyarakat menerima idea kebebasan atas nama agama yang bukan hanya mengelirukan umat yang jahil bahkan akan mencetus perpecahan dan penyelewengan dari segi akidah dan syariat.


Umat Islam mestilah bangkit dan sedar akan bahaya ini dan semestinya para ulamak dan Institusi Agama menyatakan dan mengambil langkah tegas membenteras setiap langkah dan usaha yang jahat ini dalam usaha merosak negara dan umatnya.


sumber: http://www.harian-metro-online.com, http://ezzuraza.blogspot.com, http://selangor.ikram.org.my

JAmbatan Kaca Yang Paling Menakutkan Di Puncak Gunung Tianmen, China

Jambatan yang tergantung dilereng gunung di wilayah Tianmen Zhangjiajie, China ini dibina pada aras 4700 kaki (1430 meter) dari aras laut. Menariknya, laluan ini dibuat menggunakan kaca lutsinar yang membolehkan pengunjung merasai sendiri pengalaman 'berjalan di udara'. Laluan ini dibina daripada kaca setebal 2.5 inci, dengan 3 kaki lebar dan mempunyai panjang 200 kaki.


Mengikut sumber, syarikat yang membina laluan ini masih belum dapat mencari pekerja pembersihan kerana tidak seorang pun yang sanggup/ berani mencuci di sini. 








source: http://dailypicksandflicks.com

Tuesday, March 13, 2012

Menilai Keperibadian Wanita Dengan Cara Berjalan




1. Bila berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
 
Golongan wanita yang jalannya berginjat, dikatakan wanita jenis ini adalah wanita yang tidak jujur, bila berbohong, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya sangat boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki.

 

2. Bila berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri. 

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan temannya, namun, banyak lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Wanita seperti ini dikatakan senang untuk ditawan hatinya.


3. Bila berjalan suka menunduk. 

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Wanita jenis ini hanya akan berbicara dengan orang-orang yang rapat dengannya dan dapat dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
 

4. Bila berjalan memandang lurus ke depan. 

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakannya, jika anda tidak mahu mendengar dia berbicara panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh,tetapi selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbicara dengan orang yang berpengetahuan luas.


5. Bila berjalan badan tampak tegak. 

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri orang lain. Gaya bicaranya serius, menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, ia sangat bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantisnya.

  sumber: http://terselubung.blogspot.com

10 Lelaki Botak Paling Seksi

Kebanyakan lelaki sangat risau mereka menjadi botak, dan sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk membuat rawatan rambut dan transplant, yang mana kebanyakannya tidak berhasil. Jika anda mengambil inspirasi dari mereka-mereka di bawah ini, anda boleh mengembalikan keyakinan diri anda, menjimatkan wang dan berbangga dengan kebotakan anda. Berikut adalah 10 lelaki botak paling seksi di dunia:


1. Bruce Willis


2. Andre Agassi


3. Michael Chiklis


4. Samuel L Jackson


5. Sean Connery


6. Patrick Steward


7. LL Cool J


8. Michael Jordan


9. Vin Diesel


10. Jason Statham

source: http://kaizan28.hubpages.com

Sekat Right Click Pada Gambar


 
 
Sebenarnya bukan sahaja pada gambar tidak boleh di right click malah di entri kita juga right click akan disable jika anda menggunakan kod yang diberikan pada bahagian bawah ini. Jika adan menggunakan sekali dengan disable text lagi elok kerana ctrl + c tidak dapat digunakan dengan mudah.

Langkah 1 :

Design -=> Add a Gadget -=> HTML/JacaScript


Langkah 2 :

Copy kod dalam kotak berwarna di bawah ni kemudian pastekan ke dalam HTML/JavaScript tadi. Lepas tu gantikan tulisan merah tu dengan ayat (mesej) yang korang nak warning kat diorang yang gatal tangan nak right click tu... hehe...

<script>
var message="Letak mesej disini";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){if (event.button==2){alert(message);return false;}}
function clickNS4(e){if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){if (e.which==2||e.which==3){alert(message);return false;}}}
if (document.layers){document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS4;}
else if (document.all&&!document.getElementById){document.onmousedown=clickIE4;}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
</script>


Langkah 3 :

Save!

Dan hasilnya :

 
 Terima Kasih Pada

Monday, March 12, 2012

10 negara yang suka Wanita Gemuk

Ratu wanita gemuk. (gambar hiasan)

Kegemukan bukan sahaja menjadi salah satu penyebab kepada penyakit malah ianya menjadi suatu yang paling tidak disuakai oleh kebanyakkan orang terutamanya wanita. Namun, bukan semua orang melihat kegemukkan itu suatu yang negatif. Di beberapa negara, wanita gemuk bukan sahaja menjadi igauan malah menjadi salah satu syarat jika ingin menjadi bakal isteri. Berikut merupakan Top 10 negara yang suka kepada wanita gemuk.

1. Mauritania
Sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Obesiti atau kegemukan wanita sinonim dengan kecantikan dan kekayaan. Gadis-gadis belasan tahun digalakkan untuk meminum susu penuh krim yang berkualiti tinggi semata-mata untuk mendapatkan calon suami yang berstatus tinggi. Wanita kurus biasanya akan diceraikan.

2. Nauru
Nauru merupakan negara yang paling tinggi kadar diabetis iaitu 31% dan terkenal dengan sikap suka menyanjung wanita gemuk. Negara yang terletak di kepulauan Pasifik Selatan ini mempunyai sekitar 14, 000 populasi sahaja. Para wanita di sana akan digemukkan kerana mereka percaya wanita gemuk mempunyai kesuburan yang tinggi dan akan melahirkan anak lelaki yang kuat.

3. Tahiti
Negara ini juga mendapat jolokan ha'apori yang bermaksud 'untuk menggemukkan'. Para gadis akan digemukkan terlebih dahulu sebelum dihadapkan kepada ketua mereka untuk pemeriksaan kesuburan.

4. Afghanistan
Kesuburan wanita di Afghanistan sangat berhubungkait dengan berat badan berlebihan  dan dikatakan hidup lebih lama berikutan gaya hidup nomad. Wanita gemuk yang mempunyai muka yang bulat menjadi pilihan jejaka di sana.

5. Afrika Selatan
Disebabkan oleh masalah AIDS yang tinggi, perspektive masyarakat terhadap wanita kurus di Afrika Selatan menjurus kepada yang lebih negatif. Mereka lebih melihat wanita gemuk sebagai golongan sihat dan kaya.

6. Samoa
Obesiti atau kegemukan bukanlah sesuatu yang baru di Samoa. Kekurangan makanan telah melanda masyarakat di sana selama berpuluh-puluh tahun. Menurut pakar antropologist biology, orang Samoa sememangnya telah diprogramkan secara genetik untuk menyimpan kalori berlebihan di dalam tisu badan. Dan dikatakan juga bahawa wanita gemuk merupakan tulang belakang dalam memperbanyakkan populasi, golongan ini sering dipandang tinggi dalam masyarakat.

7. Jamaica
Hampir 65% daripada jumlah wanita di Jamaica adalah obes atau gemuk. Menurut satu kajian, kurus dikaitkan dengan kesedihan dan gemuk pula dikaitkan dengan kegembiraan, kebaikan dan keharmonian sosial. Jamaica juga menjadi pasaran luas untuk pil-pil untuk tambah berat badan.

8. Fiji
Fiji telah memperkenalkan makanan tinggi kalori dalam diet seharian masyarakatnya. Negara ini memberikan makanan secara meluas sebagai tanda keharmonian. Fiji juga mempunyai tahap kegemukkan yang tinggi di kalangan masyarakatnya. Namun bukan sahaja gemuk, mereka juga dikatakan gembira. Wanita gemuk dipandang sebgai simbol kekayaan, kesihatan, dan kesuburan.

9. Kuwait
Negara kaya minnyak ini turut melihat wanita gemuk sebagai simbol kekayaan. Satu tren yang berterusan sehingga kini.

10. Tonga
Tonga hanyalah sebuan negara pulau yang kecil tetapi populasi wanita gemuknya adalah tinggi. Jumlah restoran makanan segera seperti KFC, McD, dan sebagainya sangat banyak sehingga membawa kepada masalah berat badan yang melanda lebih 100,000 penduduk dari jumlah 114,000 orang. Ini kerana mereka melihat kegemukan terutamnya di kalangan wanita sebagai feminisma.


Di Malaysia pula macam mana? obesiti di Malaysia kini makin meningkat dengan kadar 1 daripada 5 orang adalah gemuk. Namun kegemukkan di Malaysia tidak dilihat sebagai satu simbol kekayaan atau kecantikan tetapi dilihat sebagai satu penyakit yang membawa maut. Oleh itu, amalkan lah gaya hidup yang sihat.

(sumber: www.toptenz.net)

KL dan Selangor Dilanda Banjir - 07 March 2012

7 Mac 2012 : Hujan lebat yang mula mencurah bermula dari petang tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan pusat bandar Kuala Lumpur mengalami banjir kilat.


Beberapa gambar mula tersebar di laman facebook yang menunjukkan beberapa kawasan yang dilanda banjir tersebut.



HUJAN lebat mengakibatkan kesesakan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur. Foto: Adib Rawi (07/03/2012)

Keadaan banjir yang melanda Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang. Foto: Effendy Rashid (07/03/2012)
Pavilion, KL. Foto : Zamri

Bukit Bintang, KL.

 Kawasan Perumahan Hulu Langat.

Jalan Tun Abdul Razak (TAR), KL.

Kampung Baru, KL.

Masjid Jamek, KL.

Plaza Low Yat, Bukit Bintang, KL.

Dataran Merdeka, KL.



Sumber